Tak Jadi Lawan Anwar, Azmin Pertahankan Jawatan Timbalan Presiden PKR

DESAS-DESUS terjawab petang ini apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi sah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Mengesahkan perkara itu adalah Setiausaha Politiknya, Mohd Hilman Idham.

Mohd Hilman bertindak sebagai pencadang manakala Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor sebagai penyokong.

Dengan pengesahan itu, ia sekali gus menutup spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya sejak 2010.

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap beliau akan merebut jawatan presiden bersama Anwar pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pencalonan pemilihan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.