Anwar Sah Tanding Jawatan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan Presiden parti apabila beliau menyerahkan borang pencalonan pada jam 11.15 pagi ini.

Borang pencalonan yang dihantar melalui wakil sebentar tadi turut dicadangkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan di sokong oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dalam pada itu, pengamal media turut difahamkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang kini sedang sibuk berkempen juga telah menghantar borang pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun, teka teki jawatan apakah yang bakal ditandingi oleh Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum terjawab.

Azmin Ali juga dijangka menghantar borang pencalonanya melalui wakil memandangkan ketika ini beliau berada di Singapura atas urusan rasmi. – Malaysia Gazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.