Zizan Razak Nafi Guna Alasan Kahwin Tutup Kontroversi

Pelawak Zizan Razak menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan alasan mahu berkahwin bagi menutup kontroversi yang timbul membabitkan dirinya.

 

Menurut Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, selepas berbincang dengan ahli keluarga dia terpaksa menarik semula perancangannya untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun yang lalu.

 

“Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibawa main-main. Sebelum ini saya buka mulut mahu berkahwin kerana sudah tiba masanya. Tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya harus tarik semula kenyataan tersebut,” ujar Zizan Razak kepada Astro Gempak.

 

Jelas Zizan lagi, soal siapa yang bakal berkahwin dengannya biarlah menjadi rahsia dan akan diberitahu sekira jodoh sudah tiba.

 

“Soal siapa yang bakal berkahwin dengan saya biarlah ianya menjadi rahsia. Insya Allah apabila tiba masanya, saya akan beritahu.

 

“Setakat ini biar ianya menjadi rahsia keluarga saya. Ada benda saya boleh kongsikan dan anda benda yang tidak boleh diceritakan,” jawab Zizan sewaktu di pelancaran filem terbarunya, Polis Evo di Hard Rock Kafe Kuala Lumpur.

 

Tambah Zizan, dia sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum untuk mengelak daripada menanggung malu.

 

“Ada benda saya boleh cerita dan ada benda yang saya perlu rahsiakan. Sebelum ini saya berkongsi kisah cinta saya kepada umum. Tapi apabila ianya tidak menjadi, saya yang terpaksa menanggung malu.

 

“Saya tidak mahu perkara tersebut berlaku lagi dan sebagai pengajaran buat diri saya,”katanya lagi.

 

Dalam perkembangan terbaru, Zizan Razak dan Shaheizy Zam bakal bergandingan dalam sebuah filem aksi terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo yang akan mula menemui penonton pada 17 September di seluruh pawagam negara. – AstroGempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.