Warden Penjara Kajang Leka, Seorang Banduan Bolos

Kuala Lumpur – Seorang banduan Penjara Kajang berjaya melarikan diri dari Hospital Selayang sebelum menjalani pembedahan, selepas mendakwa sakit perut.

 

Doktor mengesahkan banduan itu mengalami masalah pencernaan tetapi pada hari pemeriksaan kesihatan dan pembedahan, banduan itu melarikan diri.

 

Banduan berumur 33 tahun itu dimasukkan ke hospital, malam semalam.

 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adenan Abdullah, kejadian itu disedari pengawal keselamatan selepas terlihat seorang individu yang mencurigakan keluar melalui pintu utama hospital.

 

“Anggota polis yang bertugas di hospital berkenaan dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa banduan yang dimasukkan ke wad pesakit luar tidak ada di katil pesakit pada jam 1.30 petang,” katanya.

 

Difahamkan ketika kejadian, warden tiada di wad pesakit terbabit dan kejadian hanya disedari pengawal keselamatan.

 

Selepas diperiksa warden, banduan yang mempunyai kesalahan mencuri kenderaan itu didapati hilang dari katil pesakit.

 

Banduan terbabit diletakkan di bawah penjagaan dua anggota warden Penjara Kajang, namun semasa kejadian warden tidak bersama suspek kerana ke tandas dan seorang lagi keluar membeli minuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.