Video: Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil

Kuala Lumpur – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengembangkan bakatnya menyanyi lagu pelbagai bahasa dan terbaharu beliau merakamkan lagu tamil.

 

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram, penyanyi kelahiran Kuala Lipis bertaraf jutawan itu sedang merakamkan lagu tamil berjudul Nenge Ezhu (Bangkitlah Jiwa) yang dicipta A. R Rahman untuk filem Maryaan, yang memenangi anugerah Pengarah Muzik Terbaik dalam Anugerah Oscar.

 

 

Siti berkata, ia merupakan satu penghormatan kepadanya untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer tersohor dan walaupun lagu tamil itu sangat mencabar tetapi beliau sangat menyukainya.

 

Beliau dibantu komposer lagu tamil tempatan, Jay, khususnya sebutan dan intonasi yang betul.

 

Rakaman lagu itu akan digunakan untuk mempromosikan program International Superstar 2015 yang merupakan program pertandingan India pertama terbitan Astro.

 

Pertandingan itu disertai perserta dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.