Video: Kepetahan Peserta Papua New Guinea Tambat Hati Penonton

Bangi – Kepetahan serta penggunaan lenggok bahasa yang bersesuaian dengan topik yang dibicarakannya antara faktor menyebabkan peserta dari Papua New Guinea, Andreas Noreewec berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015).

 

Sepanjang tempoh lima minit membentangkan teks ucapannya, Andreas kelihatan sangat bersahaja dan yang lebih menambat hati ialah penggunaan serta lenggok bahasa yang dituturkannya persis penutur jati Bahasa Melayu.

 

 

Turut menyertai Andreas layak ke suku akhir ialah peserta dari Amerika Syarikat, Wyatt Gordon, Emma Roberts (Australia), Eslevar Mammadli (Azerbaijan), Dewie Venselaar (Belanda), Kong Jinlei (China), Nhelbourne Kalim Mohammad (Filipina), Laki A’ron Bence (Hungary), Mohamad Azhar (India), Gagliardi Noemi (Itali), Eiko Akazawa (Jepun), Park Kyungeun (Korea Selatan), Kabora Floria (Madagascar), Mariam Coulibaly (Mali), Pavel Naidenov (Rusia), Akamov Shukhrat (Tajikistan), Tetiana Zabozhchuk (Ukraine), Joshua Parfitt (United Kingdom), Raeef Abdullah Al-Tamimi (Yemen) dan Tariro Mashavira (Zimbabwe).

 

Peserta diadili lima juri yang diketuai Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Dr. Mazlena Mohamad Hussain.

 

Pertandingan akhir PABM akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu ini dan ia akan dipancarkan secara langsung menerusi TV1. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.