Umno Jangan Membisu – Khaled Nordin

Johor Bharu – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Umno  yang tidak seharusnya hanya menjadi pemerhati dan mengunci mulut untuk melindungi kepentingan ahlinya tidak lagi meneruskan perjuangan terhadap pergelutan parti hari ini.

 

“Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya dan misalnya amanah dikhianati.

 

“Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti,” katanya dalam posting di laman Facebook miliknya, hari ini.

 

Khaled berkata, sudah sampai masanya Umno bergerak beberapa langkah ke hadapan untuk ahlinya supaya lebih proaktif dan lebih dominan.

 

Mesej Facebook yang dimuat naik pada jam 11.30 pagi tadi mendapat lebih 6,000 likes dengan lebih 600 komen.

One thought on “Umno Jangan Membisu – Khaled Nordin

  • August 5, 2015 at 2:38 am
    Permalink

    MB kan dalam UMNO, kenapa x ambil tindakan sendiri? Nak harap orang lain je.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.