Siapa Lagi Comel?

KUALA LUMPUR – Aksi comel seekor kucing yang ‘photo bomb’ gambar raya satu keluarga, mencuit hati pengguna Facebook.

 

Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Diyana Saidin, menunjukkan kucing kesayangan yang diberi nama Oreo terlalu ingin tahu dan datang dekat kepada kamera ketika mereka sekeluarga mahu mengambil gambar raya.

 

Kamera yang diletak pada mod pemasa kendiri akhirnya merakam wajah Oreo, si kucing belang hitam kelabu, manakala gambar keluarga di belakang menjadi kabur.

 

Dalam kapsyen pemilik gambar dan juga tuan Oreo, Diyana berkata: “That moment when your cat decided to photobomb the family photo. Orang tengah set timer, dia pun nak gedik jugak. Oreo mengada. Nasib baik comel. Haha Yup, here’s another photo of him.”

 

Gambar Oreo yang comel itu dikongsi oleh portal Siakap Keli dan mendapat lebih 77,000 like dan 4,000 perkongsian. – TRP

 

oreo-raya

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.