PM Hadir Rumah Terbuka Hari Raya KDN

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama 20,000 tetamu hadir ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Tun Razak 1 di sini.

 

Kehadiran Najib disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khami serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

 

Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Para tetamu majlis berkenaan dijamu dengan pelbagai juadah tradisional dan moden antaranya mi rebus, mi kari, sate, kambing golek, ketupat, rendang serta buah-buahan tempatan.

 

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkemuka negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Nash dan juga Zamani Slam.

 

Gerai-gerai makanan juga dibahagikan mengikut agensi di bawah KDN seperti Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.