Pengerusi MBFM Johor Di Tahan, Beri Projek Kepada Suami

Kuala Lumpur – Seorang bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Johor dipenjara tujuh hari dan didenda RM200,000, selepas mengaku bersalah menggunakan kedudukannya untuk menganugerahkan projek kepada suaminya, tiga tahun lalu.

 

Tertuduh, Khatijah Mohamad, 30, didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi MBFM Cawangan Maokil 2, Segamat, untuk memberi Projek Pembinaan Pusat Memancing dan Taman Rekreasi MBFM bernilai RM40,000 kepada Syarikat Berkat Sri Kreatif milik suaminya, Ruzaidy Ibrahim.

 

Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Johor Bahru, Mohd Haldar Aziz turut memerintahkan wanita terbabit dipenjara 12 bulan, jika dia gagal membayar denda RM200,000.

 

Khatijah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada 3 Oktober 2012 di hadapan Maybank Cawangan Labis.

 

Dia dituduh di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

 

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Fazlin Hamdan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.