Penerbit Drama Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon dan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Mazlan Abd. Hamid di Mahkamah Rendah Syariah, semalam selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

 

Hakim Muhamad Hisyam Zakaria mengesahkan lafaz taklik secara lisan yang dibuat oleh Mazlan, 52, pada pukul 9.30 malam 3 Julai 2013.

 

Pada prosiding itu, mahkamah menerima pengakuan Mazlan bahawa berlakunya perlanggaran lafaz taklik yang dibuatnya pada tahun tersebut selepas tarikh itu.

 

Ahli perniagaan itu turut mengaku bercerita dan mengaibkan Rafiena, 33, di hadapan ibu pelakon tersebut.

 

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan peguam syarie Musa Awang yang mewakili Rafiena supaya prosiding semalam dijalankan secara tertutup disebabkan kehadiran wartawan.

 

Hakim menolak permohonan itu dengan mengambil contoh kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berprofil tinggi turut dilakukan secara terbuka.

 

Rafiena yang dikenali menerusi drama Perempuan Dalam Pasungan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam (Selangor) 2003 pada Julai lalu.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Januari 2011 dan dikurniakan dua orang anak. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.