Padah Cuba Samun Pelajar Kolej

Kuala Lumpur – Cubaan warga asing menyamun seorang pelajar kolej membawa padah apabila tindakannya disedari beberapa individu di tempat letak kereta sebuah kolej di Seksyen 13, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, mangsa berusia 18 tahun sedang berjalan kaki sebelum dihampiri suspek.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa cuba melarikan diri namun kira-kira 100 meter suspek menangkap dan melempang pipi kanan mangsa.

 

“Suspek berjaya membawa lari telefon bimbut jenis Samsung S2 milik mangsa.

 

“Mangsa kemudian menjerit meminta tolong sebelum seorang lelaki yang berada di tempat kejadian mengejar suspek,” katanya.

 

Menurutnya, suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan antara suspek dan lelaki tersebut sebelum menghubungi pihak polis.

 

Katanya, suspek warga Bangladesh berusia 37 tahun kini ditahan untuk siasatan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!