Motor Terperosok Bawah Lori, Seorang Maut

Kuala Lumpur – Seorang penunggang motorsikal maut setelah terperosok ke bawah lori manakala pembonceng disahkan cedera parah dalam satu kemalangan di Rawang pada jam 5.12 petang tadi.

 

Kemalangan yang melibatkan sebuah lori jenis Nissan satu tan bertembung dengan motorsikal jenis Modenas Lagenda berlaku berhampiran stesen minyak Caltex di Jalan Rawang menghala ke Kundang, Selangor.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, penunggang yang maut itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, manakala pembonceng yang dipercayai isterinya didapati tidak sedarkan diri.

 

“Penunggang motorsikal terbabit hilang kawalan dan gagal membrek menyebabkan kenderaannya tidak dapat diberhentikan dan terperosok ke bawah lori dari arah bertentangan, manakala pembonceng terpelanting ke bahu jalan sebelum motorsikal itu terjatuh,” menurut kenyataan itu.

 

Pemandu lori terbabit tidak mengalami kecedaran dan pembonceng dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.