MOT Singapura Dakwa VEP Satu Diskriminasi

Singapura – Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura berkata bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.16) yang bakal dikenakan oleh Malaysia ke atas kenderaan berdaftar di luar negara melalui Johor adalah bersifat ‘diskriminasi terhadap kenderaan Singapura’, lapor Channel NewsAsia (CNA).

 

Saluran televisyen tempatan itu melaporkan bayaran itu akan berkuat kuasa pada 1 Oktober dengan MOT berkata Singapura akan turut mempertimbangkan untuk mengenakan levi dalam beberapa bentuk supaya sepadan, selepas mengkaji pelaksanaannya.

 

MOT juga berkata ia telah meminta maklumat lebih lanjut dari pihak berkuasa Malaysia mengenai keperluan bagi kenderaan Singapura untuk melakukan prapendaftaran sebelum memasuki Malaysia.

 

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan sebagai berkata mulai 1 September, kenderaan Singapura yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia.

 

Pendaftaran dalam talian itu bermula 15 Ogos dengan pemilik kenderaan akan menanggung kos RM10 (S$3.60) selama lima tahun.

 

CNA turut memetik jurucakap MOT sebagai berkata “apa-apa kos dan ketidakselesaan boleh mendorong rakyat Singapura untuk tidak melawat Malaysia, terutama Johor untuk tujuan seperti membeli-belah, berlibur, bersiar-siar dan percutian”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.