Kerana Cinta ‘ToyBoy’, Nenek Curi RM3 Juta

Seorang wanita bergelar nenek ‘tewas’ untuk mendapatkan perhatian ‘kekasih’ mudanya dengan sanggup mencuri sekitar RM3 juta (£500,000) dari tempat kerja untuk dibelanjakan bersama.

 

Sheena Warner, 65, mula menghantar wang tunai selepas lelaki muda tersebut berkata, ‘sesuatu yang romantis mungkin berlaku antara mereka’.

 

Wanita itu dilaporkan begitu tertarik dengan perhatian yang diberikan, sebelum menjual semua harta bendanya termasuklah rumah dan kereta untuk menghantar wang.

 

Dipetik daripada portal The Telegraph, apabila harta bendanya habis, Warner mula mencuri wang di tempat kerjanya, yang dijumlah lebih daripada £500,000 yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji dan cukai.

 

Warner membelanjakan wang itu bercuti tiga kali setahun bersama ‘kekasihnya’.

 

Dia kini dipenjarakan dan mahkamah dimaklumkan bahawa dia telah jatuh cinta dengan seorang lelaki muda yang kemudian telah menipunya.

 

Warner dituduh menggunakan kedudukannya untuk menggelapkan wang dari tiga syarikat dan memasukkannya ke dalam akaun bank sendiri antara Januari 2009 dan November 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.