Kalau RM2.6b Duit Rakyat, Rahman Dahlan Akan Jatuhkan PM

“Kalaulah RM2.6 bilion ini duit rakyat dirompak, ‎tak payahlah Clare Brown, tak payahlah Wall Street Journal, tak payah lagi Sarawak Report nak jatuh presiden Umno.

 

“Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan dia,” kata Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

 

Menjawab soalan yang diajukan oleh pengacara program Dialog disiarkan di TV1 malam tadi, beliau menegaskan seandainya wang derma disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melanggari undang-undang, maka tindakan terpaksa diambil.

“Umno tidak akan terlepas daripada mana-mana tindakan undang-undang.‎ Itu yang penting, tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang, perlu disiasat dan kena berlaku adil.

 

“Bila pembangkang melontarkan satu tuduhan, bukan bermakna tuduhan itu berasas. Saya sudah katakan, bila dilontarkan cerita bahawa RM2.6 bilion datang dari 1MDB. Hari pertama lagi perdana menteri mengatakan ini bukan wang rakyat, bukan tujuan peribadi.

 

“Hari pertama juga, 1MDB juga mengatakan ‘No’, it’s not our money, tetapi tak ada netizen percaya,” katanya.

 

Sehubungan itu, jelas beliau‎, kerajaan berdepan keadaan di mana ia nampak defensif.

 

“Tetapi kita defensif ini kerana kita mempunyai strategi, kalau tidak percaya apa yang dikatakan oleh perdana menteri, maka siasat.

 

“Bila siasat keluar satu kenyataan sama ada duit itu duit rakyat, selesai.

 

“Kita nak satu penyiasatan dibuat dan bila ada penyiasatan dibuat, ada keputusan, kita kena ‎hormati keputusan itu,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.