Isu Dana: Mahathir Bukan Bersih Tapi Licik – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak mendakwa dirinya bersih hanya kerana tidak menggunakan akaun peribadi untuk dana pembiayaan politik.

 

“Itu licik, bukan bersih namanya,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul dipetik dari portal Mynewshub.

 

Menurut Nik Abduh, isu mengenai politik wang di Malaysia sebenarnya bermula dan berleluasa sejak era pentadbiran Tun Mahathir yang kemudiannya diwarisi parti-parti politik hingga sekarang.

 

“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya,” katanya.

 

Semalam Tun Mahathir menafikan dakwaan beliau pernah memasukkan dana politik untuk pembiayaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke dalam akaun peribadinya.

 

Tun Mahathir sebaliknya mengakui beliau hanya pernah sekali sahaja memasukkan wang tunai berjumlah RM20,000 yang didakwannya diperolehi dari Ibu Pejabat UMNO ke dalam akaun peribadinya pada PRU 1964 dan 1969.

 

Isu dana politik hangat diperkatakan akhir-akhir ini berikutan dakwaan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki jumlah dana kira-kira RM2.6 bilion.

 

Sebelumnya, isu wang RM2.6 bilion itu menarik perhatian umum apabila Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) membuat dakwaan wang tersebut milik 1MDB yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri.

 

Kelmarin SPRM mengesahkan hasil siasatan mendapati dana RM2.6 bilion itu bukan milik 1MDB sebaliknya merupakan dana pembiayaan politik yang disumbang oleh penderma dan ia tidak menyalahi undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.