Bayi Baru Lahir Disumbat Dalam Mangkut Tandas

BEIJING – Seorang bayi yang baru dilahirkan dibuang ke dalam sebuah tandas awam di sini dengan bahagian kepalanya ke bawah saluran paip.

 

Menurut laporan Beijing Times, ibu bayi perempuan itu dipercayai melahirkannya di dalam tandas itu sebelum membuangnya.

 

Polis berjaya menyelamatkannya dengan menyeluk tandas itu sebelum menariknya keluar.

 

Mangsa dihantar ke hospital dan dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Darah di sekitar mangkuk tandas dan ketiadaan laporan mengenai sebarang kemalangan dalam tandas itu menunjukkan bayi itu dilahirkan di situ dan sengaja dibuang ibunya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.