Anggota Trafik Cedera Parah Dirempuh Penunggang Motosikal

Kuala Lumpur – Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, cedera parah akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba lari dari sekatan jalan raya.

 

Ketua Siasatan Jenayah IPD Kajang, ASP Nalasami Palaniyappan ketika dihubungi berkata, Konstabel Mohammad Rizzuad cedera di bahagian kepala akibat dirempuh penunggang motorsikal berusia 25 tahun.

 

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 tengah hari tadi ketika Konstabel Mohammad dan anggota lain sedang membuat sekatan jalan raya di sekitar Jalan Cheras menghala ke Kajang.

 

“Anggota tersebut kini dirawat di Zon Kuning, Hospital Kajang bersama penunggang motosikal terbabit. Bagaimanapun, penunggang motosikal itu hanya cedera ringan selepas terjatuh dan kini ditahan polis,” katanya.

 

Tambahnya, penunggang motosikal itu akan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas cubaan melanggar anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.