10 Minit Yang Menyeksakan

Kota Kinabalu – Ia 10 minit yang dirasakan paling lama buat 27 penumpang bot laju Sipitang-Labuan yang terpaksa menunggu bantuan untuk menyelamatkan mereka daripada bot karam.

 

Satu panggilan kecemasan dibuat kira-kira jam 2.10 petang kepada polis Labuan selepas pemandu bot menyedari air sudah mula memenuhi bot kira-kira lapan batu nautika dari Labuan, destinasi mereka.

 

Ketua Polis Labuan, Superitendan Adzhar Othman ketika mengesahkan kejadian, berkata semua 27 penumpang yang terdiri daripada dua krew bot dan 25 penumpang, termasuk dua kanak-kanak bagaimanapun tidak cedera.

 

Beliau berkata, bot meninggalkan jeti Sipitang kira-kira jam 1 petang, dan selalunya mengambil masa sejam ke Labuan.

 

“Pasukan tujuh penyelamat tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian, dan menyedari penumpang serta krew bot berdiri di bahagian hadapan bom yang tenggelam.

 

“Kerana panik, semua mereka mula melompat ke dalam bot,” kata Adzhar kepada The Rakyat Post sambil menambah operasi menyelamat berakhir pada jam 3.50 petang.

 

Siasatan awal mendedahkan sebelum kejadian, ada penumpang mendengar bunyi kuat dan percaya bot terbabit melanggar objek keras.

 

“Pemandu bot meneruskan perjalanan tetapi situasi bertukar panik apabila penumpang berasa air deras memasuki bot.

 

“Semua penumpang selamat dipindahkan ke jeti Labuan,” kata Adzhar.

 

Berita serta gambar kejadian menjadi viral di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.