Selfie Dengan Pistol, Lelaki Maut Tertembak Diri Sendiri

MEXICO: Tindakan seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.

Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.

Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.

Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.

Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.

Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.