Najib Sedih Ratusan Nyawa Terkorban Dalam Gempa Yunnan

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau sedih dengan kehilangan ratusan nyawa akibat gempa bumi di Yunnan, China semalam.

“Rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan mangsa gempa,” kata Najib dalam catatan terbaru Tweeter beliau.

Sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter yang melanda wilayah Yunnan yang bergunung-ganang itu di China.

Gempa bumi itu, yang berlaku di pedalaman Yunnan, menyebabkan beribu-ribu bangunan termasuk sekolah ranap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.