Ezany Tolak Permohonan Cerai Isteri, Mahu Teruskan Permohonan Nusyuz

Pelakon Ezany Nizariff hari ini untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya Lizda Nuryanti Abidin pada 17 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.

Ezany turut memberitahu mahkamah yang beliau sudah failkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu. Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar bagaimanapun memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan.

BACA: Isteri Dilarikan Lelaki Lain, Ezany Nizariff Buat Laporan Polis

Pergolakan rumah tangga mereka tercetus selepas Ezany Nizariff mengakui isterinya minta diceraikan sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai 2014 lalu.

Ezany yang ditemui media di luar mahkamah akan meneruskan dengan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik selain berkata yang anak anak kini tinggal dengannya sehingga perbicaraan dijalankan.

“Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu,“ tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.