Pemimpin UMNO Sertai Solat Hajat Di Kediaman Najib

KUALA LUMPUR – Barisan kepemimpinan baharu UMNO meluangkan masa menunaikan solat hajat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta semalam.

Solat hajat itu diimamkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi catatan di Facebook beliau, Ahmad Zahid memberitahu, solah hajat itu bertujuan memohon Allah melindungi Najib yang juga bekas Perdana Menteri serta keluarganya daripada fitnah dan kezaliman.

“Semoga Allah melindungi beliau dan keluarga daripada fitnah serta kezaliman orang yang khianat dan zalim,” katanya.

Yang turut kelihatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi parti turut hadir, antaranya Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, Datuk Seri Razali Ibrahim, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Lokman Noor Adam, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan turut meluangkan masa hadir. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.