Pemandu Selamat, Kereta Terbakar Selepas Terlanggar Babi

DUNGUN – Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar dalam kemalangan jalan raya di Paka- Al Muktaffi Billah Shah berhampiran simpang Ketengah Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, kereta dipandu Izudin Embong, 45, telah merempuh seekor bangkai babi di tengah jalan.

Sewaktu kejadian mangsa yang juga kakitangan Petronas dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya.

Mangsa tiba-tiba terlanggar bangkai babi menyebabkan enjin kenderaannya berasap dan terbakar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Razidi Abdul Rahim berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 malam.

“Pihak kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya.

“Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.