England Cemas Sebelum Berjaya Kalahkan Colombia

PARA pemain England dipaksa bekerja keras oleh skuad Colombia sebelum mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 apabila perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium Spartak, Moscow awal pagi semalam.

Skuad The Three Lions yang selesa dengan kelebihan satu jaringan menerusi gol pendahuluan hasil sepakan penalti Harry Kane pada minit ke-57, bermain selamat pada 10 minit terakhir perlawanan.

Situasi itu bagaimanapun membawa padah apabila Colombia meraih gol penyamaan pada masa kecederaan hasil sentuhan Yerry Mina sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Kedudukan 1-1 kekal sepanjang 120 minit perlawanan dan keputusan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada England, skuad bimbingan Gareth Southgate dengan kemenangan 4-3.

“Seluruh pasukan ini berdepan penentuan sepakan penalti dengan keyakinan yang tinggi biarpun salah satu sepakan kami (Jordan Henderson) berjaya ditepis penjaga gol Colombia.

“Ia sangat mengagumkan apabila sebahagian pasukan yang dibarisi pemain muda mempamerkan aksi mantap,” ujar Southgate. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.