Akaun Duit Raya RM100 Milik Cucu Najib Berusia 10 Bulan Turut Dibekukan

KUALA LUMPUR – Akaun bank milik bayi berusia 10 bulan, cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang di dalamnya mempunyai simpanan duit raya pertama RM100 turut menjadi mangsa apabila dibekukan dipercayai atas arahan Pasukan Petugas Khas siasatan 1MDB.

“Apa kaitan duit raya anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?.

“(Ia adalah) duit raya pertamanya tahun ini,” kata Nooryana Najwa, anak perempuan Najib berhubung pembekuan tersebut.

Nooryana sebelum itu mendedahkan akaun peribadi miliknya turut dibekukan hanya beberapa ketika selepas beliau bersama saudara-mara dan rakan-rakan lain mengumpul wang untuk membayar jaminan Najib seperti ditetapkan mahkamah semalam.

“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah termasuk akaun duit raya RM100 anak saya yang berusia 10 bulan,” katanya.

Nooryana turut mempersoalkan samada kerajaan PH hari ini begitu berdendam dan berusaha seboleh mungkin untuk “menghapuskan” seluruh keluarganya. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-

Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib

2 thoughts on “Akaun Duit Raya RM100 Milik Cucu Najib Berusia 10 Bulan Turut Dibekukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.