Video : Netizen Sindir Vida Sifatkan Sebagai Menunjuk Kekayaan

Netizen menyindir jutawan kosmetik terkenal, Datuk Vida, yang berkongsi video membeli-belah di Starhill Gallery yang didakwa menunjukkan dia membelanjakan ratusan ribu ringgit membeli jam tangan, beg tangan, cermin mata hitam dari jenama Van Gogh, Louis Vuitton dan lain-lain.

Dalam satu klip video beliau menunjukkan jam tangan berjenama Chopard yang dibeli untuk anak perempuannya.

Sambil menunjukkan kaca mata bersisi “bling-bling”, jam tangan Chopard dan seutas lagi jam tangan bertali warna pink Chopard, “Yang ni RM330 riban (mungkin: ribu). Tak kita tak sale (mungkin: beli) dululah. Nanti dulu tak…,” katanya.

Difahamkan, Chopard, adalah jenama jam tangan dan aksesori mewah Swiss yang berprestij dengan harga setiap utas jam tangan mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam pada itu, segelintir netizen memuji rezeki usahawan itu tidak kurang juga menyindirnya.

“Haha..koleksi kat rumah tak cukup lagi ke Dato?” Tulis 21rid21.

“Sedap Jadi jutawan ni beli ikut nok,”tulis iamaisyahnordin.

Sementara itu, ridwan1466 menulis,”banyak duit betul la mek kelantan ni shopping”.

“Beg mahal. Tengok cara DSV pakai handbeg macam beg pasar malam je. Better beli handbag pasar malam tapi orang sangka beg mahal. Penat beli mahal-mahal nak tunjuk kat orang tapi nampak murah pulak jadinya,”tulis kkl_7.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.