Sistem Pendidikan Malaysia Terus Melonjak Ke Tahap Lebih Tinggi – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 5 Julai 2017

Sistem pendidikan Malaysia terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Malaysia terus meningkatkan kedudukannya dalam hampir semua peringkat pendidikan global sejak Najib mengambil alih sebagai PM dan melaksanakan program transformasi – termasuk pelan transformasi pendidikan kebangsaan.

Selain daripada penambahbaikan besar yang ditunjukkan dalam senarai kedudukan QS baru-baru ini, dalam senarai kedudukan Universitas 21 (U21) tahun ini, sistem pendidikan tinggi Malaysia menduduki tempat ke-25 terbaik di dunia. Sepanjang 6 tahun yang lalu, Malaysia telah naik sebanyak 11 tempat.

Apabila dibandingkan dengan negara-negara membangun, Malaysia adalah no.1 di dunia.

Senarai kedudukan U21 itu menyenaraikan sistem pendidikan negara-negara dan diterbitkan oleh Melbourne Institute of Applied Economics and Social Research, University of Melbourne.

Perubahan tahunan dalam prestasi sistem pendidikan tinggi negara mungkin agak sederhana, sekurang-kurangnya ia berada dalam arah menaik.

Walaupun sistem boleh mengalami kemerosotan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat disebabkan faktor-faktor seperti gangguan politik, peningkatan yang besar biasanya akan mengambil masa beberapa tahun.

Walau bagaimanapun, trend menunjukkan bahawa negara-negara yang menunjukkan peningkatan terbesar ialah Arab Saudi (sehingga 12 tempat) dan Malaysia (sehingga tujuh tempat).

Kedua-dua negara telah banyak memperuntukkan sumber tambahan kepada pendidikan tinggi. Penambahbaikan lain yang dapat dilihat ialah Singapura, Afrika Selatan dan Rusia (semua naik enam tempat) dan China (naik lima tempat). Australia, Croatia dan Denmark semuanya naik empat tempat.

Ukraine, tidak menghairankan memandangkan kesulitan politiknya, menunjukkan kejatuhan terbesar, turun 10 tempat. New Zealand turun enam tempat; Bulgaria dan Romania turun lima tempat. Enam negara telah jatuh empat tempat: Kanada, Finland, Jerman, Slovenia, Taiwan-China, dan Turki.

Dari segi perbelanjaan mutlak untuk pendidikan berbanding dengan saiz pendapatan kita, negara pada tangga tertinggi adalah Malaysia, yang memperuntukkan hampir 50 peratus lebih kepada sumber daripada yang dijangkakan memandangkan tahap pendapatannya.

Negara pada tangga tertinggi untuk jumlah perbelanjaan sebagai sebahagian daripada
KDNK kini adalah Ukraine, Chile dan Malaysia.

Perbelanjaan penyelidikan sebagai sebahagian daripada KDNK di Malaysia telah hampir dua kali ganda sejak dua tahun yang lalu dan kedudukan negara pada komponen ini telah meningkat kepada tangga ke-11.

http://www.universitas21.com/article/projects/?parentID=152

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.