Sebutan Semula Kes, Pandu Lawan Arus

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes wanita didakwa memandu melawan arus di bawah pengaruh dadah, Mac lalu.

Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan tarikh itu bagi kes Ng Pei Ven, 19, selepas peguamnya, Parmjit Singh Mahinder, gagal hadir pada prosiding hari ini, lapor BH.

Sehubungan itu, mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa berada di bawah pengaruh dadah ketika memandu melawan arus, hingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 36, di Kilometer (KM) 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh, 14 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 serta boleh hilang kelayakan lesen memandu sehingga lima tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.