Perogol Dirotan Ibu Kanak-Kanak

Seorang lelaki yang didakwa merogol kanak-kanak telah diikat dan dipukul oleh beberapa wanita dalam kejadian yang dipercayai berlaku di India.

Menerusi video perkongsian LiveLeak, rakaman itu menunjukkan lelaki itu dipukul dan ditonton lebih 23,000 kali.

Lelaki yang dipukul bergilir-gilir oleh sekurang-kurangnya 10 wanita itu dengan menggunakan galah panjang.

Bagaimanapun, dia tidak melawan ketika dipukul.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu tidak diketahui namun video berkenaan berakhir dengan anggota polis terpaksa masuk campur.

Difahamkan, serangan seksual menjadi isu utama di India di mana berpuluh-puluh ribu kes dilaporkan berlaku setiap tahun.

Pada 2015, sebanyak 34,000 kes rogol dilaporkan di seluruh negara itu dan jumlah berkenaan semakin meningkat manakala pada 2104 pula, sebanyak 14,000 kes rogol melibatkan mangsa kanak-kanak dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.