Pemikiran PAN Cetek Tuduh Sarawak Akan Undang Campur Tangan Luar – Abang Johari

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg hari ini membidas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 akan mengundang orang luar untuk “campur tangan” dalam hal ehwal dalaman negara.

“Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia di sini.

Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia.

Sabtu lepas, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.