Mus May Belum Sedar Dari Koma

Penyanyi kumpulan May, Mus yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam akibat demam panas masih dalam keadaan koma.

Menurut isterinya, Suraya Bahari, doktor meletakkan Mus dalam keadaan koma bagi membolehkannya berehat.

“Semalam doktor melakukan ujian imbasan otak terhadap Mus dan mengesahkan keadaannya normal.

“Malah jantungnya juga berada dalam keadaan stabil,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

 

Katanya, ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) akan dilakukan selepas ini bagi mengenal pasti punca penyakit dihadapi oleh Mus.

“Doktor akan memaklumkan perkembangan kesihatan Mus dari masa ke semasa,” katanya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.