Kabinet Batalkan Keputusan Kementerian Kesihatan Berkaitan Kelulusan BM

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini membatalkan keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengecualikan siswazah perubatan yang mengikuti kursus doktor pelatih di hospital kerajaan daripada syarat lulus subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini dan pengumuman rasmi akan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Harap isu ini ditamatkan kerana jemaah menteri telah sebulat suara,” katanya pada sidang media hari ini.

Ia selepas pelbagai pihak mempersoalkan keputusan untuk mengecualikan syarat kelulusan Bahasa Melayu SPM bagi lulusan perubatan yang memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak.

Pada 2 Julai, Kementerian Kesihatan mengumumkan kelonggaran syarat lulus subjek itu untuk pekerja perubatan lantikan kontrak, iaitu pelatih perubatan.

Ia bagi membolehkan graduan perubatan yang tidak lulus BM peringkat SPM berkhidmat dan membolehkan mereka memperoleh sijil penuh pegawai perubatan.

Sejak 1 Oktober tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melantik pelatih gred UD-41 secara kontrak, tetapi calon masih perlu lulus subjek BM peringkat SPM. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.