Hina Agong: Wanita Usia 41 Tahun Dari Kepong Dipercayai Pemilik Akaun ‘Catt Ginger’

SHAH ALAM – Susulan penyebaran gambar Yang di-Pertuan Agong yang disunting dan dimuat naik secara tidak bertanggungjawab di laman sosial Facebook, satu tangkapan telah dibuat pihak polis.

Menerusi kemaskini status di laman Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berjaya menangkap individu menggunakan nama samaran Catt Ginger.

“Syabas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berjaya tangkap Catt Ginger yang menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Difahamkan, seorang wanita berusia 41 tahun telah ditangkap di Taman Usahawan, Kepong oleh pasukan Bahagian Jenayah Siber Multimedia Bukit Aman.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, satu unit modem dan dua unit router.

Siasatan mengenai kes tersebut diteruskan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Semalam, Yang Dipertua Pertubuhan Pembela Martabat Kesultanan Melayu Malaysia, Datuk Edros Abdullah menggesa pihak berkuasa terutama polis mengambil tindakan segera terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, gambar tersebut mula tular di media sosial sejak 25 Jun lalu, tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.