BNM Rugi RM30 Bilion, Dr Mahathir Akui Dagangan Forex Umpama Berjudi

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengakui dagangan mata wang asing (forex) umpama perjudian yang merugikan.

Bercakap dalam temubual bersama Channel News Asia, Dr Mahathir berkata, dagangan yang menyebabkan kerugian dan krisis kewangan Asia pada 1998 berpunca daripada manipulasi mata wang ahli perniagaan Hungary, Goerge Soros menyebabkan Malaysia terkandas dalam kancah kegawatan ekonomi.

“Dagangan mata wang bukan perniagaan. Ianya merupakan satu perjudian sejumlah besar duit yang mereka tidak ada sebenarnya. Perkara ini bagi saya adalah satu kerosakan,” kata bekas pemerintah yang mentadbir negara sewaktu berlakunya dagangan forex Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga RM30 bilion (USD10 bilion)(nilai 1990-an).

Dagangan forex yang disifatkan sebagai skandal terbesar dalam sejarah dunia pada waktu itu tidak dikenakan sebarang tindakan dan kes berkenaan dipendamkan hampir 25 tahun sehingga bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad membangkitkannya semula, awal tahun ini.

Abdul Murad mendakwa Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendedahkan jumlah sebenar kerugian BNM ekoran jumlah sebenar adalah mencecah RM30 bilion berbanding RM9 bilion sepertimana dijelaskan Dr Mahathir dan Anwar di Parlimen.

Kes berkenaan dibenamkan selepas Gabenor BNM pada waktu itu Tan Sri Jaafar Hussein meletakkan jawatan pada tarikh ‘April Fool’ (1 April 1994) dengan mengambil kesalahan penih diatas kerugian negara.

Penasihat DAP Lim Kit Siang (pada ketika itu Ketua Pembangkang) juga mendesak Dr Mahathir bertanggungjawab diatas skandal berkenaan disamping meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasatnya serta Anwar dan pegawai BNM yang ditugaskan untuk melakukan dagangan tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Setelah hampir 25 tahun, RCI kini diwujudkan setelah sebuah Pasukan Petugas Khas (PPK) mengambil keterangan Dr Mahathir, Anwar, Kit Siang, Nor Mohamed, dan bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Penubuhan RCI dipersetujui oleh barisan menteri kabinet pada akhir Jun lepas bagi menyiasat sekiranya terdapat fakta yang disembunyikan bagi tujuan mengelirukan parlimen dan jemaah menteri era pemerintahan Dr Mahathir.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataannya berkata, PPK mendapati wujudnya prima facie bagi kes kerugian BNM 1990-an.

“Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat​​​​​ dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119,” menurutnya.

Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.