Bercuti Tak Perlu Dihebohkan Kata Fazura

Pasangan #Fattzura baru-baru ini seronok menikmati percutian mereka di Koh Samui, Thailand.

Biarpun tidak banyak berkongsi gambar di Instagram keduanya, bagaimanapun mereka sempat membuat live update dan berborak bersama pengikutnya.

Memetik laporan MH online, menerusi sebuah akaun instagram yang dipercayai salah seorang peminat mereka sempat merakam sebuah video pendek Fazura yang menjelaskan mengapa mereka ‘menghilangkan diri’.

“Mana kita menghilang tanpa kesan? Kadang-kadang pergi holiday ni perkara yang private tak perlu diheboh-hebohkan lebih lagi dengan kawan dan family. Saya rasa benda ni something yang personal dan tidak perlu nak dikecohkan,”katanya

Bukan itu sahaja, Fattah Amin juga sempat enter frame live update di akaun @ahmad.johari yang dipercayai milik abang Fazura yang lebih dikenali sebagai Jojo.

Menerusi lintas langsung itu juga memperlihatkan Fatteh kini lebih mengenali Fazura apabila menjawab soalan berhubung tarikh lahir aktres itu kepada peminat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.