Bella Astillah Bakal Lahir Bayi Sulung Pertengahan Julai Ini

KUALA LUMPUR – Bakal melahirkan anak sulung pada 17 Julai ini, Bella Astillah memberitahu, ketika ini dia dan suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz masih belum mempunyai nama untuk anak mereka.

Bella dan Aliff Aziz kini menanti kelahiran bayi sulung mereka.
Kata Bella, ketika ini suaminya itu lebih senang sekiranya dia melahirkan dahulu bayi pertama mereka.

“Aliff memang mahu anak kami dilahirkan dahulu sebelum berkongsi jantina dan nama anak kami. Katanya lebih senang begitu.

“Insya-Allah, bayi kami dijangka dilahirkan pertengahan Julai ini dan memang kami akan kongsikan dengan peminat melalui laman Instagram. Harap doakan kelancaran kelahiran anak pertama kami ini,” jelasnya kepada Utusan Online.

 
Ditanya perasaannya ketika ini, Bella mengakui, tidak mahu perasaan takut menguasai dirinya malah jelasnya, dia sangat beruntung kerana keluarga dan suaminya sentiasa berada di sisi.

“Kalau boleh tidak mahu fikir sangat (tentang kelahiran) sebab itu Aliff banyak meluangkan masa dengan saya ketika ini dan memberikan kata-kata semangat. Malah saya juga baru sahaja sampai dari Singapura, melawat keluarga mertua di sana.

“Soal persiapan untuk menerima orang baharu ini kami hanya beli yang penting dan patut sahaja dahulu, bukan apa tidak mahu membazir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.