Makan ‘Ikan Transgender’ Boleh Tukar Hormon Manusia

KUALA LUMPUR — Individu yang kerap memakan ikan “transgender,” akibat pencemaran ubat-ubatan, berdepan risiko kecelaruan hormon.

Ikan “transgender” mengalami perubahan jantina akibat pencemaran hidupan air khususnya pembuangan sisa kimia dan ubatan, lapor Kosmo! hari ini.

“Bagi manusia yang memakan ikan yang terdedah kepada perubahan hormon ini, kesannya juga boleh berlaku untuk jangka panjang terutama melibatkan hormon seseorang,” kata seorang pakar pakar genetik dan pembiakbakaan.

Profesor madya Dr Yuzine Esa, yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ikan “transgender” belum dikaji lanjut di negara kita.

Tambahnya, sejak beberapa tahun lalu gejala ini berlaku di negara-negara Barat akibat pencemaran kimia pada ikan.

Seorang lagi ahli akademik berkata perubahan jantina ikan boleh berlaku dalam kolam atau sungai, termasuk haruan, keli, lampam dan terubuk.

“Jika hormon seseorang terganggu, ia akan memberi kesan kepada sistem biologi badan manusia secara keseluruhan,” kata Dr Nadirah Musa, pensyarah bidang ekofisiologi hidupan air Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Akhbar itu memetik kajian profesor Charles Tyler dari Universiti Exeter, England yang mendapati 20 peratus ikan jantan air tawar menunjukkan ciri-ciri ikan betina.

Ikan-ikan ini masih berperilaku seperti jantan tetapi mampu menghasilkan telur.

Namun Dr Yuzine menjelaskan jantina ikan bertukar bukanlah terlalu pelik kepada jenis hermafrodit, seperti terubuk, salmon dan giru, ia berlaku semula jadi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.