2 Masjid Berkunci, Jemaah Solat Di Koridor

REMBAU — Dua masjid kariah di daerah ini berkunci pada waktu solat menyebabkan jemaah terpaksa melakukan ibadah di koridor.

Rozmal Malakan, 52, berkata masalah itu perlu diatasi kerana masjid harus terbuka menerima jemaah sekaligus diimarahkan pada waktu solat, seperti memetik Sinar.

Penduduk kariah itu berharap masalah tesebut tidak berulang kerana ada penduduk singgah ke masjid apabila masuk waktu solat.

“Kita faham sekiranya waktu selepas solat fardu berjemaah masjid dikunci bagi mengelakkan kejadian kecurian.

“Namun pada masa masuknya waktu solat, masjid dikunci adalah tak sesuai,” katanya.

Ada 42 masjid di daerah itu.

Rozmal mencadangkan beberapa sukarelawan setempat, khususnya anak muda dilantik untuk memegang kunci masjid dan dibuka pada waktunya.

Facebook Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau menyatakan siasatan akan dibuat dan jawatankuasa masjid akan dipanggil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.