Bayi Patah Kaki Selepas Diterbangkan Angin

KOTA KINABALU – Seorang bayi dilapor diterbangkan angin dalam kejadian angin ribut di Kampung Dungang, Tuaran awal pagi semalam.

 

Pegawai Daerah Tuaran, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba berkata, kejadian berlaku ketika buaian bayi itu yang diikat pada alang bumbung rumah diterbangkan angin bersama bumbung rumah tersebut.

 

“Ketika itu bayi tersebut sedang tidur di dalam buaian. Apabila bumbung rumah itu tercabut kerana diterbangkan angin, buaian dan bayi itu turut sama diterbangkan angin,” katanya kepada Bernama.

 

Bayi itu kemudiannya ditemui di kawasan sawah padi berhampiran.

 

Abdul Mohd. Ibnu berkata, berkata bayi tersebut kini dirawat di Hospital Tuaran kerana dia dipercayai patah kaki.

 

“Dia berada dalam keadaan stabil,” katanya.- BERNAMA

One thought on “Bayi Patah Kaki Selepas Diterbangkan Angin

  • July 5, 2015 at 8:15 am
    Permalink

    Patah kaki tak apa, asalkan ALLAH redha dgn kehidupan kita. Kita makan nasi dgn garam, ketua kampung makan nasi dgn daging kijang..tak apa..tak apa..marilah kita mencari keredhaan ilahi. Al-Quran tak sebut pun UMNO penyamun!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.