Video : DBKL Saman Masjid Kg Baru, Ahli Parlimen Titiwangsa Selar Pihak Tabur Fitnah

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menyelar pihak yang menyebarkan fitnah kononnya pihak pengurusan masjid Kg Baru telah disaman pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau ketika ditemui oleh wartawan Suara TV menegaskan perkara itu tidak betul dan merupakan fitnah yang berniat jahat.

“Tak betul, sebab tak ada DBKL saman orang ambil bubur lambuk, Ini memang tradisi kita tiap-tiap tahun dekat Kg Baru.

“(Betul) kita perlukan maklumat, tapi jangan tipu maklumat, jangan manipulasi maklumat” katanya sejurus selepas majlis sumbangan kepada warga Titiwangsa pagi tagi.

Seorang pengguna media sosial sebelum ini menyebarkan berita fitnah kononnya pengurusan masjid Kg Baru telah menerima 124 saman kerana memberi sedekah bubur lambuk kepada orang ramai.

Dia yang menggunakan nama Aduka Taruna itu turut mendakwa DBKL akan meneruskan tindakan saman pada esok hari.

“Sepatutnya kami saman semua. Tapi kertas saman hanya ada 124 helai. Kami akan datang lagi esok” ujarnya melalui status yang dimuatnaikan semalam.

Menurut Johari tindakan tersebut jelas berniat jahat yang sengaja ingin memburuk-burukkan kerajaan.

“Dalam bulan puasa ini kita berhentilah fitnah orang” ujarnya lagi.

Aduka Taruna

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.