Najib Umum Dividen RISDA

Pekan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjumlah RM164.9 juta kepada 32,238 pekebun kecil di seluruh negara.

Jumlah itu merangkumi peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu pada majlis penyampaian dividen RISDA peringkat nasional di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pemberian dividen berkenaan adalah manisfestasi kepada kesungguhan pekebun kecil yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ekonomi negara terus berkembang sehingga mencapai pertumbuhan memberangsangkan berlandaskan kepada sumbangan pelbagai pihak termasuk mereka yang mengusahakan tanah di luar bandar terutama pekebun kecil,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.