Najib Sedih Pemergian Sharifah Aini

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.

“Saya sedih atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitternya di sini.

Sharifah Aini yang menyambut hari lahir ke-61 pada Rabu lepas, meninggal dunia kira-kira pukul 1.26 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lalu setelah menghadapi kesukaran untuk bernafas.

One thought on “Najib Sedih Pemergian Sharifah Aini

  • September 18, 2014 at 5:37 pm
    Permalink

    I’ll right away grab your rss feed as I can’t find your email subscription link or e-newsletter service.
    Do you have any? Kindly allow me know in order that I could subscribe.
    Thanks.

    Feel free to surf to my web page … affiliate review

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.