Anak Linda Rafar Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Tidak lama selepas pemergian Biduanita Kedua Negara, Datuk Sharifah Aini, keluarga bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar juga kehilangan orang tersayang.

Anak kedua Linda, Rezaimen Keiflin meninggal dunia pada petang Sabtu, akibat ketumbuhan kronik dalam perut dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi.

Berita kematian Rezaimen, 12 tahun, dimuat naik oleh Linda melalui laman Instagramnya sekitar jam 6 petang.

“Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH,” tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, Linda turut meminta pengikut lamannya mendoakan untuk Rezaimen.

Tulisnya: “Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang.”

Rezaimen atau lebih dikenali sebagai Memen, dikatakan menderita penyakit berkenaan sejak April lalu dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.