336,000 Warga Indonesia Di Malaysia Antara Yang Bakal Mengundi Dalam Pemilu Presiden

Johor Bahru – Sebanyak 336,000 warga Indonesia di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dijangka menunaikan kewajipan mengundi dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden republik itu yang ke-11.

Ketua Panitia Pemilu Luar Negara Konsulat Jenderal Indonesia Johor Bahru, Djudjur S H Hutagalung berkata, bilangan itu termasuk pengundi yang menggunakan kaedah “drop box” serta mereka yang mengundi di Tempat Pungutan Suara (TPS).

“Sehingga 8 pagi tadi, sebanyak 10,268 pengundi yang menggunakan kaedah “drop box” mengundi pada Pemilu Presiden 2014 bermula sejak semalam hingga esok,” katanya kepada Bernama di Konsulat Jenderal hari ini.

Kaedah “drop Box” melibatkan penghantaran kertas-kertas undi oleh petugas Pemilu Presiden Konsulat Jenderal Indonesia ke lokasi penempatan warga republik yang memohon untuk melaksanakan kewajipan mereka menerusi kaedah itu.

Beliau berkata, bagi warga republik itu yang mahu mengundi di pejabat konsulat di Johor Bahru, mereka mempunyai masa sehingga 10 malam ini untuk menunaikan kewajipan mereka itu.

Menurut Djudjur, sebanyak 468 kakitangan terdiri daripada kakitangan Konsulat Jeneral Indonesia di Johor Bahru dan sukarelawan di kalangan penuntut serta warga republik itu terlibat di dalam proses Pemilu Presiden 2014.

Beliau yang juga timbalan Konsul Jenderal Indonesia di Johor Bahru berkata proses pengiraan undi pula akan dilakukan pada 9 sehingga 14 Julai.
– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/336000-warga-indonesia-di-johor-dan-3-negeri-lain-mengundi-dalam-pemilu-pre#sthash.sPe78WDL.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.