Menara Ilham milik Daim disita sekali lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

SPRM berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu.

Agensi itu berkata, sitaan itu adalah berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh 4 Jun 2025.

“Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan mengikut subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi Notis ini adalah kesalahan mengikut AMLATFPUAA 2001,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat