Anwar fail rayuan kes rujukan persoalan sama ada PM kebal saman – peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Presiden PKR itu memfailkan notis rayuan berkenaan semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di Putrajaya melalui firma guaman Tetuan Zain, Megat & Murad.

Peguam Anwar, Datuk Seri K Raja Segaran yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media hari ini, berkata ia difailkan semalam sejurus selepas keputusan Mahkamah Tinggi, lapor BH.

Menurut notis rayuan itu, Anwar tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang diberi oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain semalam, dan merayu terhadap keseluruhan keputusan itu yang telah menolak permohonan beliau dengan kos sebanyak RM20,000.

Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan, termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan, menikmati kekebalan terhad daripada tindakan saman berhubung dakwaan satu insiden yang berlaku sebelum pelantikan beliau.

Rujukan persoalan undang-undang itu adalah berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat