Video: Melaka Tentang Penganjuran Himpunan Yahudi

Ayer Keroh: Kerajaan Negeri Melaka menolak keras penganjuran Himpunan Jurusalem Jubilee yang dianjurkan oleh gerakan Yahudi di Calvary Life Assembly Chinese(CLAC), Melaka.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan daripada pihak penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu. Beliau menegaskan tiada sebarang kelulusan diberikan dan perhimpunan itu dianggap melanggar undang-undang.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan ini dan tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri, di sini hari ini.

Semalam, tersebar satu risalah penganjuran program Himpunan Jubli Jerusalem di media sosial yang dirancang diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.