Video: Kenangan ‘Nakal’ Berpuasa Zaman Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Setiap orang pasti ada kenangan pahit dan manis pada bulan Ramadhan sewaktu zaman kanak-kanak.

Kenangan yang mencuit hati itu pasti menyemarakkan sambutan Ramadhan yang sudah masuk hari kesepuluh hari ini.

SuaraTV berkesempatan menemubual beberapa orang mengenai kenangan berpuasa mereka, termasuk pahit dan manis.

Pekerja swasta, Norfaizah Mohd Sani berkata, selepas berbuka puasa bersama keluarga mereka akan bermain bunga api dan mercun.

“Macam dulu saya duduk kat kem (askar) anak-anak askar bila dah bukak puasa kita akan main bunga api dan mercun, meriah lah seronok lah kecik-kecik bberlawan sesama blok..sekarang ni dah tak ada lah..”

Manakala menurut Norsyahida Hanim yang bekerja sendiri, kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila dahulu sering berkunjung ke rumah saudara untuk berbuka pada setiap minggu.

“Dulu-dulu saya dapat gather, gather tiap-tiap minggu pergi rumah makcik ni..makcik ni..sekarang ni dah besar agak kurang sikit lah masing -masing ada keluarga masing-masing. Itu lah paling saya seronok berkumpul berbuka puasa bersama keluarga-keluarga lain.”

Sementara itu, pesara tentera Abdul Rani Kulup Abdullah menceritakan kenangan nakal sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

“Masa puasa dulu zaman kanak-kanak, ayah mana ada puasa dulu..Ayah tipu mak bapa ayah kata puasa padahal tak puasa..Masa zaman puasa tu banyak makanan kawan-kawan ayah bawak..”, katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.